📅 22 Oktober 2023 | ILP Mersing Catat Sejarah Baharu
Satu lagi lembaran bersejarah tercipta hari ini di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Kolaborasi (MoC) dan Nota Kerjasama (NK) bersama sembilan (9) rakan strategik industri merentasi pelbagai bidang teknikal.
Majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama ILP Mersing ini telah disaksikan oleh para pelajar dan seluruh warga ILP Mersing, serta dirasmikan dengan penuh penghormatan oleh YBrs. En. Shakib bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
💼 Rakan Strategik & Bidang Kerjasama:
-
Teknologi Dron
-
Nadi Aero Consultants Sdn. Bhd
-
Prestige Geomatic Sdn. Bhd
-
-
Teknologi Telekomunikasi
-
KN Bersatu Sdn. Bhd
-
-
Teknologi Elektrik
-
EPC Pesona Sdn. Bhd
-
Mahir Engineering
-
Melayu Electric Store
-
-
Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara (PPU)
-
Practicool Sdn. Bhd
-
Kejuruteraan Majutech Sdn. Bhd
-
-
Teknologi Automotif
-
SMK Felda Tenggaroh
-
🤝 Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah memperkasa bidang TVET melalui jaringan industri yang kukuh, peluang latihan sebenar, pemindahan ilmu dan peningkatan kebolehpasaran graduan.
🙏 Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi masa depan pendidikan teknikal negara.
“Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class with TVET”
[MORE INFO] https://www.facebook.com/share/p/1DUwTuzjNf/
#TVET #TVETMalaysia #JTM #ILJTM #KSM
#ILPMersing #SkillsMalaysia #LifelongLearning #Skills4All #SkillsMalaysia2.0 #KerjasamaStrategik #PendidikanTeknikal