Kursus Advanced Aerial Thermography Inspection | 14–17 April 2025
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing
Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Advanced Aerial Thermography Inspection selama 4 hari di bawah kelolaan Program Latihan Kemahiran (PLK), dengan kerjasama syarikat pakar industri drone geospatial, Prestige Geomatic Resources Sdn. Bhd.
Seramai 15 orang peserta terdiri daripada pensyarah-pensyarah berpengalaman dari Adtec JTM Kampus Mersing telah menyertai kursus ini.
Kursus ini direka khusus untuk memberi pendedahan mendalam dari segi teori dan amali berkaitan pemeriksaan thermografi dalam bidang HVAC dan elektrikal, menggunakan kombinasi teknologi drone termal dan handheld thermal imaging sebagai instrumen utama dalam kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan.
Melalui sesi simulasi lapangan, peserta bukan sahaja mempelajari teknik pemeriksaan udara menggunakan UAV, malah turut diberi peluang mengaplikasikan pengetahuan secara langsung dalam senario sebenar.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi pemeriksaan moden. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kerja harian dan dikongsikan bersama rakan sejawat di institusi masing-masing.
[MORE INFO] https://www.facebook.com/share/p/1ES7bJ9bdZ/