Program Pengumpulan Data Menggunakan Teknologi Drone di Pulau Besar, Mersing
3–5 Julai 2022
Satu kolaborasi strategik telah berjaya dilaksanakan di antara Mersing Tourism Association (MTA), Prestige Geomatic Resources (PGR) Sdn Bhd, dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing dalam menjayakan program pengumpulan data geospatial menggunakan teknologi Drone di Pulau Besar, Mersing.
Program selama 3 hari ini bertujuan untuk menyokong pembangunan pelancongan pintar (smart tourism) dan pemetaan digital kawasan pulau melalui kaedah pemetaan udara berteknologi tinggi. Ia turut melibatkan sesi praktikal di lapangan serta perkongsian kepakaran teknikal dalam bidang pemetaan, analisis data, dan penggunaan UAV (Unmanned Aerial Vehicle).
🙏 Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kerjasama ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak inisiatif bersama yang bermanfaat untuk pembangunan pelancongan, pendidikan teknikal dan komuniti setempat di masa hadapan.
[MORE INFO] https://www.facebook.com/share/p/1AST1NNwxu/
#MersingTourism #PulauBesar #DroneMapping #GeospatialTechnology #SmartTourism #PGRMapping #ILPMersing #TourismDataInitiative #DronMalaysia