Alhamdulillah, selesai sudah sesi pertama Kursus Pemantapan Kendalian Drone Pertanian yang melibatkan pembelajaran teori serta demonstrasi penerbangan secara langsung di lapangan. Kursus ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Prestige Geomatic Resources dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing, dengan sokongan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Johor.
Sepanjang sesi hari ini, para peserta didedahkan dengan asas teori penggunaan dron dalam sektor pertanian termasuk aspek kawalan, keselamatan penerbangan, serta kelebihan teknologi dron dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti pertanian moden. Seterusnya, peserta berpeluang melihat sendiri demonstrasi penerbangan drone Agras T20P, yang kini semakin mendapat tempat dalam industri pertanian pintar di Malaysia.
Kami amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu serta memberikan pendedahan secara terus kepada peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kemahiran dan bidang teknikal. Sambutan dan komitmen peserta juga sangat memberangsangkan — membuktikan bahawa teknologi dron semakin diterima sebagai alat penting dalam transformasi sektor agro-teknologi negara.
[MORE INFO] https://www.facebook.com/share/p/1MBDXBghGJ/
#teamdroneilpmersing #kursuskendaliandrone #dronepertanian #agrast20p #prestigegeomaticresources #lembagaPerindustrianNanasJohor #dronepertanianmalaysia #ilpmersing
This article came at the perfect time for me. Appreciate you sharing these tips.